TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI
JKKKOA
Kampung Pos Musoh Landing Zone menubuhkan satu unit yang berperanan memberikan
latihan dan promosi berkenaan ICT kepada semua warga kampung yang berminat.
Unit ini dibantu oleh guru dari SK Pos Musoh LZ sebagai tenaga pengajar dan
admin kedua mengurus serta mentadbir Blog, Facebook dan Email kampung. Kawasan
kampung ini tidak memiliki sebarang jaringan internet dan talian telefon, oleh
itu pihak JKKKOA Kampung Pos Musoh Landing Zone telah meminta bantuan kepada SK
Pos Musoh LZ untuk menggunakan kemudahan internet di sekolah berkenaan.
Beberapa
aktiviti dibawah unit TMK/ICT telah dijalankan seperti berikut.
1. Latihan menggunakan MS Office dan
internet.
- Peserta
yang menyertai latihan ini didedahkan penggunaan MS Word dan MS PowerPoint
- Peserta
diberikan latihan untuk membuat menaip menggunakan papan kekunci dan membuat
surat rasmi.
-
Kelas
ini diadakan sebanyak dua kali sebulan.
- Peserta
boleh menggunakan kemudahan komputer dan internet di sekolah pada bila-bila
masa dengan kebenaran guru SK Pos Musoh LZ.
2. Latihan E-rezeki
- Latihan
ini diperkenalkan untuk memberikan peluang kepada warga kampung untuk menambah
pendapatan melalui ICT.
- Peserta
yang menerima latihan menggunakan MS Office dan Internet akan didedahkan dengan
laman sesawang yang menawarkan pekerjaan seperti SPA8.
- Peserta
yang mempunyai produk/hasil yang boleh dijual akan menggunakan blogspot dan
facebook kampung sebagai medium promosi dengan bantuan guru SK Pos Musoh LZ.
3. Latihan Admin Kampung
- Latihan
ini adalah latihan asas yang diberikan kepada admin kampung yang dilantik untuk
menguruskan Blog, Facebook dan email kampung dibawah seliaan guru SK Pos Musoh
Landing Zone
- Admin
kampung akan berkerjasama dengan admin sekolah untuk memastikan maklumat dan
info terkini boleh disiarkan didalam Blog dan Facebook kampung.
(Latihan
menaip diberikan kepada para peserta)
(Latihan
menggunakan internet )




0 comments:
Post a Comment