Program eksplorasi belantara kasih

Pada 10 hingga 12 Mac 2017 yang lalu, pihak kampung menerima kunjungan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perak untuk mengadakan progrogram "Program eksplorasi belantara kasih". Program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara penduduk Kampung Pos Musoh LZ, Kampung Lubuk Gaharu dan Kampung Woh Intake dengan Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Beberapa aktiviti menarik telah dilaksanakan sepanjang program antaranya ramah mesra penduduk kampung, pemeriksaan kesihatan percuma, wayang pacak, gotong-royong, menyumpit, masakan rimba dan bermacam lagi.  Program ini mendapat sambutan yang sangat baik dari ketiga-tiga kampung. Diharapkan program yang menarik seperti ini boleh dilaksanakan pada masa akan datang bagi mewujudkan aktiviti yang sihat dalam kalangan penduduk kampung.
       


                                     















Share on Google Plus

About En Joe Cikgu Yang Garang ^^

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment